Thursday, May 23, 2013

EGYPT SIRI 1

Assalamualaikum.

Entah mengapa, diri kembali mahu menulis mungkin bila berfikir tempoh masaku yang kian singkat aku makin takut, makin mahu berkongsi. Apa sahaja harta atau pencen kubur yang bakal aku tinggalkan. (sobs ssssobs sedih)

HARI PERTAMA 


Keputusan yang dibuat agak tergesa gesa untuk ke Mesir. Aku perlu beri ruang pada diri. Mungkin agak tertekan dengan Jordan. Tiket flight 195 JD, dibeli dua hari sebelum fly. 22 Mei 2013 aku sampai di Cairo International Airport. Pengalaman baru bermula. Teima kasih buat adikku, Iya dan Nana bestfriendnnya serta si Dr, Sufi Aiman walau musim peperiksaan sudi melayan kerenah aku. A really nice midnight adventure. Sejurus sampai di lapangan pada pukul 10:30 pm waktu tempatan. Kemudian belajar naik tremco. Dan pergi ke City star untuk makan-makan. Kami kelaparan. Walau rasa bersalah dengan musyrif kami akhirnya selamat sampai di rumah pukul 1 pagi. Mata sudah kuyu, kepala sudah pening. Hingga ketemu.

Satu pengajaran yang aku belajar dari Dr, hidup perlu tabah. Walau susah berjalan jauh, mencari teksi murah, menahan tremco berkali-kali. Itulah kehidupan.

::Hidup perlu mencari, dan hidup juga perlu memberi.::

No comments:

Post a Comment