Monday, February 27, 2012

Aku juga PENCURI.



Dikisahkan pada satu ketika, seorang pencuri telah memecah masuk sebuah rumah yang usang terletak di hujung kampung. Si pencuri dengan penuh kemahiran dan pengalaman telah mengeledah rumah tersebut. Namun dia hampa. Tiada harta yang dirasakan berharga melainkan beberapa helai pakaian. 


Tiba-tiba, seorang lelaki lain masuk ke dalam rumah terbabit.
 Terkejutlah si pencuri, lalu bertanya,
Siapa kau?


Jawab si lelaki,
Aku juga pencuri.


Lalu si lelaki tadi membantu si pencuri melarikan hasil curian ke bukit yang berdekatan.
Setibanya mereka di puncak bukit terbongkar satu kebenaran bahawa si lelaki adalah tuan rumah tersebut.
Si pencuri terkejut dan bingung.
Terbongkar kebenaran kedua bahawa tuan rumah tersebut adalah alim ulama' di perkampungan tersebut.


Si alim itu berkata, 
Mungkin harta ini bukan rezeki untukku.
Mungkin kau lebih memerlukan harta ini lalu kau mencurinya. 
Gunakanlah ia sebaiknya, aku halalkan ia buatmu.


Terpukullah si pencuri dengan kata-kata tersebut dan terbukalah pintu hatinya untuk bertaubat.


p/s: This story makes me feel strong enough when I lost my beloved Quran. Anything that belongs to us will finally be ours. Just put a little believe and a piece of dua'... :)











Monday, February 20, 2012

anak itu...

ya!!! Anak itu harta yang perlu dididik dengan sebaiknya.
Maka atas dasar urgency aku ditakdirkan belajar madah ASAS PENJAGAAN ANAK-ANAK kat jamiah ni..
So ilmu itu amanah untuk disebarkan..
Tak dapat banyak, sikit pun dah cukup bagus kan..

Kanak- kanak adalah tahap tumbesaran yang paling cepat..
Tak PERCAYA??
sedar tak sedar dah besar dah kita, dan memory of my childhood adalah antara yang paling susah aku nak ingat. Sebab cepat sangat membesar ke? Wallahu a'lam.


  1.  Peringkat awal kanak-kanak membesar diaorang sangat SUKA BERGERAK. tak kenal erti duk diam. Kalau mak kita kata, ABU JANGAN PANJAT POKOK TU NANTI JATUH. lagi la kita nak panjat kan. bak kata doktor. tabiat kanak2 suka pergerakan.
  2. NAK PERHATIAN DAN SUKA IKUT2..bak kata pepatah like father like son.
  3. tak reti beza antara BAIK & BURUK.
  4. BANYAK TANYA. sangat la annoying budak2 yang banyak tanya macam adeqku yang terchenta, tapi as a parents kita kena layan dan jawab dengan betul. DONT EVER LIE!!!! dan kadang mereka ni bukanlah nak jawapan sangat cuma perlukan sedikit ATTENTION.. =)
  5. apa yang menarik.. SHARP MEMORY MECHANISM. they can memorize something UNCONSCIOSLY.
  6. need SUPPORT from others.
  7. mereka sangat suka PERMAINAN..
  8. love COMPETITION N RIVALRY.
  9. suka berfantasi~~~


last point, KANAK-KANAK macam AIS KACANG..they have unity of emotions..treasure them when you still got time...

WINTER 2012
IRBID




Saturday, February 11, 2012

kIta SerumPun..

Bismillahirrahmanirrahim..


Dah hampir 5 bulan aku berjuang kat bumi anbiya' dan seriously pangalaman mematangkan hidup.


Teh Nina, Buk Waatma dan Mas Hashim antara kenalan Indonesia yang aku kenal. Hairan, aku kat Jordan rasanya, tapi jaringan kenalan Indonesia aku makin ramai dan makin luas. Mungkin atas dasar kami serumpun.
Ye la, kita berkongsi bahasa Melayu yang sama walau lenggoknya sedikit berbeza, budaya lebih kurang, makanan boleh telan sebab lidah melayu agaknya, (rasa sambal belacan dengan pecal kan serupa gitu..hehe..).


                                                                       *****


Setiap dari kenalan Indonesia ku ini, punya kisah berbeza.
Teh Nina yang aku anggap sebagai kakak, selalu hang out sesama kat Amman. Tolong aku cari barang murah kat Wastul Balad Amman (almaklum first year, bahasa Arab pun merangkak), Arab ammi dia memang pergh. Cair. 
Dia sangat lah baik, kalau aku turun Amman je konpem singgah umah dia, masak, makan, siap boleh tumpang tidur lagi walau rumah setinggan je. Malang jodoh kita tak panjang. Teh Nina ditangkap kerana membantu penduduk Indonesia yang berdekatan. So, dihantar pulang ke Indonesia minggu lepas. (9 Feb 2012). Bak kata Mas Hashim "perginya ngak kembali." 


                       teh nina dlm kenangan
                                                                  *****

Buk Waatma pulak, pembantu rumah bagi seorang doktor kat universiti aku.
Alkisahnya, aku jumpa doktor ni sebab kawanku sakit.
Tiba- Tiba doktor tanya, 
Anti Indonisi?(Awak orang Indonesia)dalam hati, aku ni ada gaya                        bibik ke??
La. Ana Malizi. (Tak saya Malaysia)
Hal Antum tatakallam nafsu lughah? (kamu bercakap bahasa yang sama)
Na'am. (Ya)
Inilah titik pengenalan kitaorang. Bibik ni tak pandai sangat cakap bahasa arab. Jadi aku secara rasmi dilantik sebagai penterjemah antara dia orang. Kalau bibik tu sakit ke, kalau bibik tu rindu Indonesia sampai ngak betah. Aku la yang melicinkan urusan.
A really nice experience.

  *****

As long as we live, try to be the best helper to other. Aku suka sangat quote ni "Erti hidup dengan memberi". Semoga perjalanan yang singkat ini dipenuhi dengan 1001 warna-warna ceria corak kehidupan.

Friday, February 10, 2012

BERLARI

Dengan Nama Mu Ya Allah.
Anak kecil itu masih berlari, masih berlari mengejar layang-layang yang telah putus talinya. Untuk apa kau terus mengejar sedang kau tahu angin akan terus membadai.
Jawab si anak itu, " bukanlah hasil yang menjadi nilaian tuhanku, bahkan usaha yang ku kerjakan pasti ada nilaian".

Jangan pernah penat untuk terus berlari dalam kanvas kehidupan,
kerehatanku apabila di seru oleh mu, Tuhanku.