Monday, February 27, 2012

Aku juga PENCURI.



Dikisahkan pada satu ketika, seorang pencuri telah memecah masuk sebuah rumah yang usang terletak di hujung kampung. Si pencuri dengan penuh kemahiran dan pengalaman telah mengeledah rumah tersebut. Namun dia hampa. Tiada harta yang dirasakan berharga melainkan beberapa helai pakaian. 


Tiba-tiba, seorang lelaki lain masuk ke dalam rumah terbabit.
 Terkejutlah si pencuri, lalu bertanya,
Siapa kau?


Jawab si lelaki,
Aku juga pencuri.


Lalu si lelaki tadi membantu si pencuri melarikan hasil curian ke bukit yang berdekatan.
Setibanya mereka di puncak bukit terbongkar satu kebenaran bahawa si lelaki adalah tuan rumah tersebut.
Si pencuri terkejut dan bingung.
Terbongkar kebenaran kedua bahawa tuan rumah tersebut adalah alim ulama' di perkampungan tersebut.


Si alim itu berkata, 
Mungkin harta ini bukan rezeki untukku.
Mungkin kau lebih memerlukan harta ini lalu kau mencurinya. 
Gunakanlah ia sebaiknya, aku halalkan ia buatmu.


Terpukullah si pencuri dengan kata-kata tersebut dan terbukalah pintu hatinya untuk bertaubat.


p/s: This story makes me feel strong enough when I lost my beloved Quran. Anything that belongs to us will finally be ours. Just put a little believe and a piece of dua'... :)











No comments:

Post a Comment